#MenarikDiPutrajaya – Taman Rimba Alam

0
196

Taman Rimba Alam merupakan sebuah taman awam yang terletak di Putrajaya. Taman ini yang menempatkan kepelbagaian spesies hutan hujan tropika. Antara yang kawasan yang menarik yang boleh anda lihat dan hayati keindahannya adalah seperti kawasan Hutan Cengal, Hutan Meranti Merah dan Hutan buah buahan asli tempatan

Terdapat lebih 400 spesies pokok hutan tebal telah ditanam di taman ini dan jumlah penanaman melebihi 95,000 pokok. Disini anda boleh melakukan pelbagai akitiviti rekreasi seperti treasure hunt, orienteering, berjoging, berbasikal lasak, lawatan berpandu atau nature trail dan aktiviti memerhati burung. Terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan seperti denai alam ‘ Forest Trail’, kawasan pemandangan, kawasan perkelahan dan trek jogging lasak

Nama : Taman Rimba Alam, Putrajaya
Alamat : Presint 14 dan Presint 15, 62000 Putrajaya
Waktu Operasi : Isnin – Ahad (9.00 pagi – 7.00 petang)
No Telefon : 03 88877000
Emel : ppjonline@ppj.gov.my
Website : https://www.facebook.com/pages/Taman-Rimba-Alam/1919340348155454
Peta Lokasi :

Kredit : Perbadanan Putrajaya, Facebook, Google

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini