#MenarikDiKualaLumpur – Viva Home Shopping Mall

0
1233

Viva Home Shopping Mall ialah sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Ianya pertama kali dibuka pada tahun 1996, yang dikenali sebagai Plaza UE3 dan kemudian diubahsuai sebagai Viva Home Shopping Mall. Kedudukan pusat membeli-belah ini boleh dikategorikan sebagai strategik kerana ia menawarkan pelbagai akses melalui laluan jambatan pejalan kaki ke stesen LRT Miharja dan jalan utama, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras.

Pusat membeli-belah, Viva Home Shopping Mall ini menawarkan lebih 220 kedai dan 2 dewan expo yang majoritinya menjual perkakasan dan baranh dekorasi kediaman atau pejabat. Antara perniagaan yang terdapat di pusat membeli-belah ini ialah Vono, Good Nite, Getha, Star Living, Slumberland, Hugo, Daiso, Mr. DIY dan Iconic. Seperti pusat membeli-belah yang lain, Viva Home Shopping Mall ini juga menawarkan restoran dan kiosk makanan untuk para pelanggan mereka. Daya tarikan lain yang terdapat di pusat membeli-belah ini ialah pasaraya Super Seven dan Pejabat POS Malaysia.

  • Alamat : 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi : 10 pagi – 10 malam 
  • Lain-lain Info : 
    • No telefon : 03-9281 1998
    • Email : info@vivaventure.com.my
    • Website :  https://www.vivamall.com.my/
    • Facebook : https://m.facebook.com/vivahomeshoppingmall/about/?ref=page_internal&mt_nav=0

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini