#MenarikDiKualaLumpur – Dinner In The Sky Malaysia

0
300

Untuk pengalaman restoran yang unik, selain daripada apa yang ditawarkan oleh Plane in the City, anda juga boleh mencuba Dinner in the Sky Malaysia andai kata tak kisah untuk berbelanja lebih demi mencipta memori terindah bersama yang tersayang.

Seperti namanya, “Dinner in the Sky,” anda dapat menikmati hidangan di atas meja dan kerusi yang tergantung pada ketinggian 50 meter. Bayangkanlah hasil foto yang boleh anda perolehi dari pengalaman ni, cool habis!

Rasanya, walau sedap macam mana sekali pun hidangan yang disediakan, berkemungkinan besar mustahil untuk anda khusyuk menikmati makanan disebabkan pemandangan yang dapat disaksikan dari sini yang terlampau mengujakan. Apatah lagi bila ditemani dengan alunan muzik yang sedap didengar, kalau boleh, setiap bulan nak rasa pengalaman yang sama.

Bagi yang datang untuk hidangannya pula, jangan risau, rasanya tidak mengecewakan. Mana tidaknya, hidangan yang bakal anda nikmati di sini disediakan oleh seorang chef daripada sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Sebagai info, Dinner in the Sky menyediakan tempat untuk 22 orang tetamu, seorang chef, seorang pelayan dan seorang penghibur pada satu-satu masa.

Alamat : 231, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 55100

Waktu Operasi : Beroperasi setiap hari (4.00 pm – 12.00 am)

No Telefon : 011-3603 5168

Facebook : https://www.facebook.com/skydinnermalaysia

Website :  http://www.dinnerinthesky.my/

Email : info@dinnerinthesky.com.my

Sumber : Youtube Dinner In The Sky Malaysia

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini