#MenarikDiPetaling – Kerisik Cafe

0
305

Sekiranya anda berkesempatan untuk berkunjung ke sini, anda wajib cuba Kambing Goreng Kerisik mereka. Menariknya, kambing yang diperap dengan beberapa jenis rempah ini langsung tiada bau hamis. Jadi, sekiranya anda sebelum ini tidak gemar makan daging kambing kerana bau hamisnya, anda tidak perlu risau lagi dan boleh cuba Kambing Goreng Kerisik di sini. Bagi penggemar makanan Johor di luar sana, anda wajib datang ke Kerisik Cafe kerana kafe ini boleh dikatakan sebagai ‘lubuk’ makanan Johor.

Kami berani jamin, yang tidak sukakan daging kambing sebelum ini terus cari Kambing Goreng Kerisik hari-hari!Apa yang membuatkan Laksa Johor berbeza dengan laksa-laksa di negeri lain adalah ia menggunakan spagetti dan bukannya laksa biasa. Menariknya, kuah Laksa Johor di Kerisik Cafe sangat pekat dan diimbangi dengan rasa masam dan pedas bagi menutupi rasa hanyir ikan.Bagi penggemar lontong pula, hidangan ini juga boleh didapati di Kerisik Cafe. Kombinasi nasi himpit dan kuah lodeh ini adalah yang terbaik pernah kami rasa. Di samping itu, Mi Bandung Muar di Kerisik Cafe juga adalah salah satu juadah yang wajib anda cuba. Ia dihidangkan bersama udang, tahu dan telur mata. Kuahnya cukup pekat dan mempunyai rasa manis-manis pedas.

Nama : Kerisik Cafe
Alamat : 23-G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Nombor Boleh Dihubungi: 013-3335588
Waktu Operasi: Dibuka setiap Isnin hingga Sabtu (9.00 pagi – 6.00 petang)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini