#MenarikDiSabakBernam – Rumah Bendang

0
578

Rumah Bendang merupakan Homestay berkonsepkan pelbagai rumah Melayu di tepi bendang. Homestay yang membawakan pengalaman tinggal dikawasan kampung dan menikmati suasana tenang di bendang. Antara rumah yang disediakan adalah Rumah Studio, Rumah Suite, Rumah 2 Bilik, Rumah Kayu, Rumah Deluxe , Rumah Segitiga dan Rumah Bendang 2 Tingkat.

Kepelbagaian warna dan rekabentuk rumah sangat menarik dan boleh dijadikan tumpuan bagi para pengunjung. Sambil menghirup udara desa dan menikmati suasana sawah padi, pengunjung boleh melakukan aktiviti yang ada disediakan di sini juga seperti kolam renang, memancing, menggagau ikan, aktiviti layang-layang di sawah, berbasikal, menaiki ATV di sawah dan gymnasium. Rumah bendang juga berhampiran dengan tempat-tempat yang menarik di sekitar kampung.

Nama : Rumah Bendang
Alamat Premis : Jalan Utama Parit 4 Sungai Haji Dorani 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi : Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)
Nombor untuk dihubungi : 017-609 0248

Peta lokasi :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini