#MenarikDiKualaLumpur – Warung Mak Nasi Ayam

0
346

Warung Mak Nasi Ayam merupakan sebuah kedai makan yang menyajikan Nasi Ayam sebagai menu utama dan beberapa hidangan lain yang menjadi kegemaran ramai. Puan Zamnah Binti Mat Esa merupakan pemilik warung ini mula mengusahakan Warung Mak Nasi Ayam sejak tahun 2019. Warung ini terletak bersebelahan dengan stesen bas di simpang masuk ke PPR Pinggiran Bukit Jalil yang menjadikannya antara tempat makan yang sering menjadi pilihan tidak kira dalam kalangan komuniti penduduk atau mereka yang datang dari kawasan lain. 

Terdapat dua jenis hidangan nasi ayam yang ditawarkan di Warung Mak Nasi Ayam iaitu Nasi Ayam Roasted dan Nasi Ayam Blackpepper. Keistimewaan nasi ayam Puan Zamnah ini terletak pada rasa ayamnya yang dipenuhi perisa beserta dengan sos cili resepi turun-temurun keluarganya.  Selain itu, Warung Mak Nasi Ayam turut menyediakan menu hidangan lain seperti Laksa, Rojak dan Kerabu Mangga yang tidak kurang enaknya. Perkhidmatan penghantaran juga disediakan di sekitar kawasan berdekatan PPR Pinggiran Bukit Jalil. 

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri kelazatan nasi ayam hasil tangan Puan Zamnah bolehlah mengunjungi Warung Mak Nasi Ayam yang terletak di PPR Pinggiran Bukit Jalil. Diharapkan perniagaan Warung Mak Nasi Ayam akan bertambah maju di masa akan datang.

Alamat : PPR Pinggiran Bukit Jalil, Jalan Impian Indah, 58000, Bukit Jalil Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat (10 Pagi – 4 Petang) –  Sabtu & Ahad (Tutup)

Telefon: 017-3358147

Sumber : Youtube

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini