#MenarikDiKualaLumpur – MyeongDong Topokki (OUG Parklane)

0
1234

Bagi peminat tegar drama bersiri atau filem dari Korea, pastinya sudah tidak asing lagi dengan makanan yang digelar  Tteokbokki, Kimchi, Kimbap, Bulgogi dan sebagainya yang merupakan antara sajian makanan jalanan Korea yang popular seperti dipaparkan di dalam filem atau drama bersiri dari negara tersebut.

Lantas, restoran makanan Korea terkemuka iaitu MyeongDong Topokki (MDT) yang terkenal dengan mengetengahkan hidangan asli Korea ditubuhkan dan mula bertapak di Malaysia pada tahun 2014 bagi memenuhi citarasa pelanggan. MDT yang menyediakan hidangan berkonsepkan campuran menu utama dan makanan jalanan turut digelar sebagai Restoran Korea Ekspres dan Santai di mana sesuai untuk dijadikan tempat berhimpun sambil menikmati sajian makanan bersama ahli keluarga mahupun kenalan terdekat. Tambahan pula, restoran yang menggabungkan kombinasi citarasa tempatan ini juga mendapat pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

MDT juga mula berkembang dengan memiliki rangkaian restoran yang bukan sahaja boleh didapati di cawangan di seluruh Malaysia bahkan juga menembusi pasaran negara jiran iaitu Indonesia. Uniknya, MDT turut menyediakan lima jenis perkhidmatan dalam memasarkan dan menyampaikan produknya kepada pelanggan iaitu berkonsepkan MDT Outlet, MDT Express, MDT Cloud Kitchen, MDT Kape dan MDT Food Truck.

Salah satu cawangannya yang bercirikan MDT Cloud Kitchen terletak di kawasan Taman OUG Parklane berhampiran Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.  Menu utama yang popular adalah Korean Rice Cake atau dinamakan sebagai ‘Tteokbokki’.  ‘Tteokbokki’ ialah makanan Korea yang sangat popular dan diperbuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Antara nama lain ‘Tteokbokki’ yang biasa didengari adalah seperti teokbokki, ddeokbokki, topokki, dan dukboki. Di MDT, hidangan Tteokbokki didatangkan dengan pilihan pedas, kimchi, sos bawang putih dan keju. 

Selain itu, MDT juga turut menyajikan makanan jalanan Korea yang rasanya juga tidak kurang hebat dan cukup lazat serta amat digemari oleh para pelanggan yang biasa dengan menu sajian Korea daripada restoran ini. Misalnya, makanan jalanan korea seperti ‘Ayam Mandu ‘, ‘Kimbap’, ‘Ayam Goreng Korea’ dan banyak lagi. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak mencuba hidangan istimewa daripada MyeongDong Topokki.  

Khidmat penghantaran makanan juga turut ditawarkan kepada pelanggan dan tempahan boleh dibuat melalui aplikasi MyeongDong Topokki, Foodpanda atau Grabfood. Pelanggan di restoran juga berpeluang untuk membawa pulang makanan menerusi servis pembungkusan hidangan buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menjamu selera di ruang makan yang disediakan dalam restoran MDT.

Alamat Restoran : B3-1-29, Parklane OUG Shopoffice, Jalan 1/152, Taman OUG Parklane, 58200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Setiap Hari (10.30 Pagi – 8.30 Malam).

Telefon: 012-661 7900.

Website: http://www.myeongdongtopokki.com/

Email: info@myeongdongtopokki.com

Instagram: myeongdongtopokki (https://www.instagram.com/myeongdongtopokki/)

Fb Page: MyeongDong Topokki (https://www.facebook.com/myeongdongtopokki/)

Sumber : myeongdongtopokki.com/ & Youtube

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini