#Menarik Di Putrajaya – Kios D’Harmoni@9, Presint 9, Putrajaya

0
1418
Antara gerai yang terdapat di Kios D'Harmoni

Kiok D’Harmoni@9 telah disediakan bagi memberi peluang golongan peniaga tempatan di Putrajaya menjual produk jualan mereka. Langkah ini adalah percubaan ke arah membantu rakyat dengan cara menyediakan peluang berniaga sebagai alternatif bagi menambah pendapatan yang ada.

Kios ini telah disempurnakan majlis perasmiannya pada 11 Oktober 2016 oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya ketika itu.

Berlatarbelakangkan tasik tempat beriadah, ianya menjadi tumpuan ketika waktu pagi sehingga ke petang, termasuk juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan. Kios D’Harmoni@9 ini mempunyai 10 gerai yang menjual berbagai jenis makanan bagi keperluan komuniti sekitar. Komuniti boleh juga membuat tempahan makanan secara atas talian melalui khidmat penghantaran yang disediakan seperti foodpanda dan grab food.

This image has an empty alt attribute; its file name is KWP-Tengku-Adnan-P5250804-1.jpg

Alamat : Kios D’Harmoni, Presint 9, 62250, Wilayah Persekutuan Putrajaya

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini