#MenarikDiPetaling – Muzium Petaling Jaya

0
470

Muzium Petaling Jaya telah diselia tadbir oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya di bawah tanggungjawab Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan. Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Petaling Jaya kira-kira 12 Km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Muzium Petaling Jaya terletak di dalam kawasan Taman Tasik Jaya. Sebelum dijadikan bangunan Muzium Petaling Jaya, bangunan ini pernah digunakan sebagai Pusat Pendidikan Alam Sekitar sebelum ia diambil alih sepenuhnya pada awal April 2007.

Penubuhan Muzium Petaling Jaya adalah bertujuan untuk menyimpan, memelihara, mempamer dan menyebarkan maklumat serta sebagai sumber rujukan kepada generasi kini dan generasi akan datang. Muzium ini menempatkan pelbagai bentuk bahan yang menjadi identiti dan kebanggaan khususnya kepada seluruh penduduk Petaling Jaya. Selain itu, penubuhan muzium ini juga adalah untuk mempamerkan bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah kewujudan bandar Petaling Jaya, pentadbiran serta perkembangan dan pembangunan Petaling Jaya. Muzium Petaling Jaya juga akan menjadi satu tempat informasi dan penyebaran maklumat serta berperanan sebagai sumber khazanah ilmu. Penubuhan muzium ini juga merupakan sebahagian daripada aset dan destinasi pelancongan dalam menggalakkan perkembangan industri pelancongan negeri Selangor amnya.

Nama : Muzium Petaling Jaya
Alamat : Muzium Petaling Jaya Jalan 10/7, Seksyen 10, Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Nombor Dihubungi: 03-79548122
Waktu Operasi: Dibuka Sabtu – Khamis (9.00 Pagi – 5.00 Petang)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini