#MenarikDiKlang – Scuba Try Out

0
997

Biasa aku cuti-cuti ni, akan plan jalan-jalan buat macam-macam aktiviti tapi disebabkan Selangor masih PKP, PKPB maka aku mencarilah aktiviti apa yang menarik untuk dibuat dalam Selangor ni. Setakat ni hiking dah, Indoor activity dah, ATV dah, aku pun fikir lagi apa yang belum buat.

Bila tengah scroll instagram, ternampak Mydivebuddy ada buat scuba try out. Aku dah lama teringin nak cuba macamana rasanya scuba. Berbekalkan rasa ingin tahu, aku dm diorang untuk book slot. Untuk first time, aku nak cuba dulu pengalaman scuba dalam pool. Insructor aku,Tirah sangat membantu aku sepanjang proses scuba try out ni. Dimulakan dengan briefly teori dan basic underwater skills. So dekat swimming pool ni mudah dan terkawal sebab diorg akan start mengajar dekat water level paras dada je. Kalau cuak berdiri je terus.
Lepas dah yakin sikit, instructor akan bawa kita kat pool yang lebih dalam untuk pengalaman menyelam.
So, aku nak terangkan sikit apa itu Scuba Try Out ni atau DSD.

Apa tu DSD? DSD ni ialah program percubaan (try out program). Biasanya orang buat dekat swimming pool atau di tepi pantai, sekiranya korang dekat pulau. Takde apa apa syarat yang diperlukan untuk cuba. Janji korang ni berminat nak cuba.
Siapa yang disarankan untuk DSD.

Tak tahu berenang.
Boleh berenang tapi tak boleh terapung.
Sekadar nak rasa macam mana experience berada dalam air.
Nak tahu bersedia atau tidak untuk ambil lesen scuba.
Mendapat lebih pengalaman dan keyakinan sebelum ambil lesen scuba.
Tidak konfiden dengan air

Apa bagusnya DSD ni? DSD ni bagus utk persediaan korang sebelum ambil lesen. Korang akan lebih faham dan bersedia. Aku macam ada plan nak amik lesen scuba plak,
tapi kena kumpulkan keberanian. Aku teringin nak menyelam kat laut plak. So, kalau korang teringin, boleh la cuba. Macam-macam kelas diorang buat. Contohnya, Rescue Diver Course, Open Water Course, Refresh Course, Discovery Free Diving dan banyak lagi. Kalau nak amik lesen scuba pun boleh tau dengan diorang ni.

Nama : MyDiveBuddy
Alamat :Lot G2, Pusat Akuatik Darul Ehsan, Jalan Aerobik 13/43, Seksen 13, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : 9 pagi – 9 malam
Nombor untuk dihubungi : 0137274030 | 011-10306964
Facebook : https://www.facebook.com/mydivebuddy
Instagram : https://www.instagram.com/mydivebuddy/?hl=en

Sumber :
Instagram : @berjalansaje

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini