#MenarikDiHuluSelangor- Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor

0
525

Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun telah ditubuhkan pada tahun 1964 di bawah Gazet No. 359 Kerajaan Negeri Selangor. Dengan keluasan 4,330 hektar, kawasan ini merupakan kawasan pertama yang dirizabkan untuk melindungi Badak Sumatera. Ia tertetak kira-kira 120 km ke utara Kuala Lumpur. Secara umumnya rezab ini terdiri daripada hutan diterokarp tanah pamah dan hutan paya gambut dengan puncak tertingginya 253 meter dari aras laut. Rezab ini di kelilingi oleh Sungai Dusun di utara dan Sungai Tengi di selatan. Di sebelah baratnya pula terdapat terusan yang menghubungkan Sungai Tengi dan Sungai Bernam.

Di dalam rezab ini juga terdapat pusat pembiakan ex-situ untuk spesies hidupan liar seperti Tapir dengan laluan masuk melalui jalan utama ke Sungai Besar, Selangor. Pusat ini dikenali dengan nama Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun.

Nama : Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor
Alamat premis : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Sungai Dusun Negeri Selangor, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Waktu operasi : 8.00 pagi – 5.00 petang
Nombor untuk dihubungi : 1800-88-5151
Facebook :https://www.facebook.com/perhilitanofficial
Peta lokasi :

Credit to

https://www.facebook.com/perhilitanofficial

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini