#MenarikDiKualaLumpur – Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

0
529

Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur atau dikenali sebagai Stadium KLFA yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras merupakan sebuah stadium serbaguna yang digunakan bagi kegiatan bola sepak. Stadium Kuala Lumpur ini mempunyai keupayaan untuk menampung 18,000 orang penonton dengan semua duduk tempat duduk dan dimiliki oleh KLFA Cooperation.

Pada tahun 2011 stadium ini ditutup buat sementara untuk tujuan proses pembaikan padang  dan pada tahun 2012 stadium ini telah dijadikan sebagai tempat untuk perlawanan ragbi dan kriket. Walaubagaimanapun, Stadium Kuala Lumpur ini mengalami proses ubahsuai dan naik taraf pada tahun yang beeikutnya dan terpaksa melakukan penutupan yang menyeluruh dan ianya mengambil masa yang agak lama sehingga tahun 2018 ekoran masalah tertentu.

Sebagai rujukan, Stadium Kuala Lumpur ini pernah menjadi tempat untuk pasukan Felda United FC, PDRM FA, KL Plis FC dan Selangor FA sebelum pengubahsuaian dijalankan. Semenjak pembukaannya semula, antara pertandingan yang telah diadakan di Stadium Kuala Lumpur ini ialah AFF Suzuki Club Qualifier 2018, AFF Suzuki Cup 2018 dan AFC Cup Final 2019. Untuk musim 2020, Stadium Kuala Lumpur ini merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan Kuala Lumpur FA dan UKM FC.

Alamat : Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Website :  https://www.dbkl.gov.my/

No Telefon : +603 9131 5757

Sumber : Google Image & Youtube

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini