#MenarikdiKualaLangat&Klang – Nasi Kukus Sotong Besar, Klang

0
531

Selalunya bila sebut tentang nasi kukus, hidangan ini pasti dihidangkan bersama lauk ayam berempah. Namun, pernahkah anda cuba nasi kukus sotong goreng tepung? Itulah menariknya yang ada di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar, nasi kukus dihadangkan bersama sotong goreng tepung yang besar. Selain itu, hidangan yang terbaik yang ada di restoran tersebut seperti kambing Bakar dan sup kambing juga merupakan antara yang terlaris di restoran ini. Isi dagingnya yang lembut dan juicy buat ramai pelanggan untuk makan di restoran tersebut. Restoran ini mempunyai dua cawangan, cawangan lagi satu berada di Shah Alam. Cawangan di Klang merupakan cawangan pertama dibuka.

Restoran ini menggunakan tempahan makanan melalui gadjet seiring dengan masa kini dan memudahkan pelanggan untuk memilih menu dengan cepat. Disamping itu, pelanggan juga boleh menggunakan tempahan makanan dahulu di website dan boleh terus ambil di restoran tersebut. Malahan restoran ini menggunakan applikasi Foodpanda dan Grabfood untuk dihantar terus ke rumah pelanggan.

Lokasi : No.2 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1A/KU3,Kristal Klang Commercial Centre, Kampung Batu Belah, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Selasa, 11 pagi hingga 9 malam (Tertakluk kepada waktu semasa Perintah Kawalan Pergerakan)

Facebook : nasikukussotongbesar

Website : sotongbesar.com

Sumber gambar daripada Facebook page Nasi Kukus Sotong Besar
Sumber video daripada Youtube MymakanTV

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini