#MenarikDiSabakBernam – Pantai Redang, Sekinchan

0
653

Sebuah kawasan persisiran pantai di daerah Sekinchan Selangor yang dinamakan Pantai Redang dan terletak di tebing utara muara Sungai Labu, Sekinchan. Pantai Redang adalah salah satu tempat yang harus dilawati jika berkunjung di daerah ini dan pantai ini merupakan pantai tersembunyi yang terletak di daerah Sekinchan.

Pantai Redang, menyediakan kemudahan rekreasi untuk pelbagai umur dan bangsa. Selain itu, pengunjung akan dapat menambah pengalaman melihat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan pantai ini dan pengunjung juga boleh memancing dan menikmati pelbagai makanan laut di gerai-gerai berhampiran di pantai ini.

Jika pengunjung tiba di Pantai Redang pada kira-kira jam 7.00 petang, pengunjung mungkin dapat melihat pemandangan matahari terbenam yang indah di Pantai Redang, Sekinchan Selangor.

Nama : Pantai Redang
Alamat premis : 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi : Setiap hari
Nombor untuk dihubungi : Tiada
Peta lokasi :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini