#MenarikDiKualaLumpur – Restoran Midfield

0
652

Nasi daun pisang berasal dari India selatan dan dibawa ke negara kita semasa penjajahan British. Kini ia diminati tidak kira kaum dan popular di Malaysia.Restoran Midfield merupakan salah satu restoran halal yang menyajikan makanan yang enak dengan hidangan beralaskan daun pisang. Restoran ini terletak berdekatan dengan LRT Salak Selatan. Dengan harga RM6 hingga RM13, pelanggan dapat menjamu nasi putih atau nasi beriani dengan pelbagai pilihan lauk -pauk. Antara lauk-pauk yang disediakan adalah seperti ayam goreng, ikan goreng, kari kepala ikan, ayam masala,sambal telur, sambal tofu dan pelbagai pilihan sayuran. Khas buat pelanggan yang mengamalkan diet vegetarian, restoran ini menyediakan set nasi beras perang bersama kuah berasaskan sayuran. Lebih menarik lagi, nasi dan hidangan sampingan seperti sambal labu, kubis goreng, dan papadum boleh diulang isi dengan percuma.  Servis yang baik serta harga makanan yang berpatutan menjadikan restoran ini mendapat sambutan dari pelanggan yang menggemari masakan India.

♣ Alamat Restoran : 111, Jalan Besar, Salak Selatan 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

♣ Waktu Operasi : Dibuka setiap hari pada pukul 6 Pagi – 9.30 Malam

Sumber : Google

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini