Mios Kitchen merupakan antara restoran terbaik di sekitar Lembah Klang yang menyediakan tempat makan kasual berkonsepkan kekeluargaan. Lokasinya strategik bertempat di kawasan kejiranan tumpuan ramai seperti di Wangsa Maju, Putrajaya dan dua lagi di Shah Alam. Dengan sambutan hangat diterima umum, kini Mios Kitchen melebarkan sayap perniagaannya dan telah membuka sebuah lagi cawangan baharu iaitu di Bandar Kinrara 5, Puchong.
Menariknya, perniagaan kecil yang diusahakan oleh dua orang adik-beradik iaitu Mior Azim and Mior Amin bin Badalishah beberapa tahun yang lalu, awalnya bermula daripada pasar malam, medan selera dan kini berkembang menjadi rangkaian restoran sehingga seperti sekarang. Mios Kitchen menyajikan masakan Barat Halal, Asia dan gabungan Asia Barat dengan citarasa berkualiti tinggi setaraf 5 bintang pada harga mampu milik. Ini selari dengan slogan kata Mios Kitchen “Delicious and Affordable”.
Tambahan pula, pengunjung yang hadir ke sini juga berpeluang menikmati suasana makan malam bersama keluarga, rakan taulan mahupun kenalan terdekat sambil dihiburkan dengan persembahan busking daripada pemuzik tempatan. Bukan itu sahaja, pihak Mios Kitchen turut menawarkan servis penghantaran makanan dan pembungkusan hidangan untuk dibawa pulang buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menjamu selera di ruang makan yang disediakan dalam restoran.
Dengan lima cawangan pada masa ini, Mios Kitchen berharap dapat berkhidmat di lebih banyak kawasan tidak lama lagi dan menjadi “Restoran Makan Santai” pilihan ramai.
Mios Kitchen – Daripada Keluarga Untuk Keluarga.
- Alamat Restoran : No. 29-G, Jalan BK 5A/2, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor
- Waktu Operasi : Setiap Hari (12 Tengah Hari – 11 Malam)
- Hubungi : 011-5635 6604
- Website: http://www.mioskitchen.com
- Tempahan: https://mioskitchen.oddle.me
- Email: hello@mioskitchen.com
- Instagram: https://www.instagram.com/mioskitchen_official
- Fb Page: Mios Kitchen Official (https://www.facebook.com/MIOSKITCHENOFFICIAL)