#MenarikDiHuluSelangor – Ratu Rening Residency

0
1439

Terletak di Hulu Rening, Batang Kali, Ratu Rening Resindency menjadi salah satu lokasi pilihan bagi pengunjung yang menggemari penginapan yang berkonsepkan alami. Ratu Rening bukan dikategorikan sebagai resort atau chalet villa, tetapi lebih kepada personal retreat (penempatan persendirian). Ditambah dengan binaan yang berkonsepkan moden kontemporari, Ratu Rening menjadi pilihan kepada pengunjung yang mahukan suasana privasi dan tenang. Walaupun bagaimanapun, ianya sesuai diinap bersama rakan-rakan serta keluarga mahupun sesuai dijadikan sebagai tempat berkumpul atau acara korporat, latihan atau team building, acara sambutan hari lahir serta majlis perkahwinan dengan pengunjung yang terhad.

Ratu Rening Residency mempunyai 2 jenis penginapan (Dusun Raja dan Sekebun Bunga). Penginapan Dusun Raja diinspirasikan oleh lagenda Cik Siti Wan Kembang. Pemilik cuba mentafsirkan suasana dan ciri-ciri binaan stail rumah hutan dari zaman kegemilangan Cik Siti Wan Kembang. Dusun Raja mampu memuatkan sehingga 10 – 15 pax dalam satu masa. Sekebun Bunga adalah penginapan atau tempat yang sesuai dijadikan sebagai tempat reunion, acara sambutan hari lahir, majlis perkahwinan, acara korporat dan lain-lain yang mampu memuatkan sehingga 7 – 12 pax semalam atau 100 – 150 tetamu satu masa.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kadar harga semalam atau maklumat yang berkenaan boleh layari laman web Ratu Rening Residency atau hubungi nombor yang tertera di bawah:

Nama Tempat : Ratu Rening Residency
Waktu operasi : Setiap hari
Alamat : Ratu Rening Residency, Hulu Rening 44300 Batang Kali, Selangor
Facebook :
https://www.facebook.com/RatuRening/?ref=page_internal
Laman Web :
http://www.raturening.com/
Nombor telefon : +60162077671
emel : raturening@gmail.com

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini