#MenarikDiHuluSelangor – Sungai Chiling Fish Sanctuary

0
762

Sungai Chiling Fish Sanctuary merupakan tempat rekreasi, perkelahan dan juga tempat pembiakan ikan kelah yang dilindungi oleh Jabatan Perikanan Daerah Hulu Selangor. Sungai chiling yangterletak lebih kurang 21 km dari pekan Kuala Kubu Bharu merupakan tempat persinggahan wajib bagi sesiapa yang ingin menuju ke Fraser Hill. Oleh kerana Sungai Chiling ini adalah tempat yang dilindungi, waktu operasinya adalah terhad pada Jumaat sehingga Ahad sahaja.

Apa yang menarik tentang Sungai Chiling ini adalah bukan sahaja sungai yang terjaga dan jernih, tetapi tarikan air terjun yang sangat cantik menggambarkan keindahan alam semulajadi. Jika anda ingin sampai ke air terjun tersebut, anda perlu berjalan (trekking) selama lebih kurang 45 ke 50 minit. Sepanjang perjalanan anda akan menyeberangi sebanayk lebih kurang 5 atau 6 sungai. Pastikan anda membawa beg kalis air supaya barang berharga anda tidak basah.

Para pengunjung dibenarkan untuk berkhemah pada siang hari sahaja (8pagi-6petang) dan tidak dibenarkan berkelah pada malam hari. Pengunjung juga tidak dibenarkan untuk memancing atau mengambil pulang ikan kelah atau anda akan dikenakan saman/denda jika berbuat demikian. Ini adalah untuk mengekalkan kelestarian alam semula jadi dan ternakan ikan kelah.

Tetapi dukacita dimaklumkan, mulai 1 Oktober 2020 sehingga 28 Februari 2021 Sungai Chiling akan ditutup sementara bagi tujuan pembiakan dan pemuliharaan sumber ikan kelah/tengas. Sebarang notis pembukaan dan penutupan Sungai Chiling boleh rujuk pada FB Page Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor.

Yuran masuk adalah senyak RM1 atau ada cas berkenaan yang lain akan dikenakan.

Nama Tempat : Sungai Chiling Fish Sanctuary
Alamat : Kuala Kubu Bharu, 44000 Batang Kali, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka pada (Jumaat – Ahad Sahaja) (8.00 pg – 6.00 ptg)
Nombor Boleh Dihubungi : 0360641214
Peta Lokasi :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini