#MenarikDiHuluSelangor – Bonda Valley

0
810

Jika anda yang dinginkan suasana nyaman, jauh dari hiruk pikuk kota, maka Bonda Valley adalah jawapannya. Bonda Valley by Bonda Rozita merupakan penginapan unik milik Rozita Ibrahim yang bercirikan konsep tradisional moden dan struktur binaan penginapan kebanyakan unit kediaman adalah daripada kayu hutan. Bagi pengunjung sukakan konsep kediaman moden klasik kontemporari, Rumah Kaca mungkin menjadi salah satu pilihan anda . Kesemua jenis penginapan menjadikan bonda Valley tampak lebih klasik dan elegen lain dari penginapan mewah diluar sana.

Bonda Valley terbahagi kepada 5 penginapan utama (Rumah Sungai Baitun Nahri, Kampung Bunga, Rumah Bonda, Rumah Hutan Melayu, dan Rumah Hutan Seni). Jika anda berminat untuk melihat jenis-jenis rumah penginapan dan kadar harga, boleh layari ke laman web bondavalley.com untuk maklumat lanjut.

Sebarang tempahan penginapan hanya melalui website sahaja.

Nama Tempat : Bonda Valley
Alamat : LOT 1972, Jalan Lama Genting, 44300 Batang Kali, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari
Nombor Boleh Dihubungi : Rumah Sungai & Kampung Bubinga : 019-7906 533 , Rumah Hutan : 016-2472 133
Lain-Lain Info Yang Bersesuaian (laman web) : bondavalley.com
Check-In : **2.00pm – 6.00pm Check Out : 12.00tgh
** Waktu Check-in Rumah Bubinga dan Rumah Bonda bermula 3.00pm – 6.00pm
( sekiranya tetamu tiba selepas 6.00pm sila hubungi Hotline No. untuk Aturan pengurusan Check-in )

​Peta Lokasi :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini