#MenarikDiPutrajaya – Masjid Putra, Putrajaya

0
669

Putrajaya terkenal dengan Bandar dalam taman mempunyai 2 buah masjid yang menjadi antara mercu tanda utama Putrajaya iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.

Masjid Putra adalah masjid pertama yang dibina di Putrajaya yang terletak bersebelahan Bangunan Perdana Putra. Menggunakan ciri-ciri islamik moden dan Moorish menampakkan seni bina masjid menyerlah di mata umum.

MASJID PUTRA dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan ia merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya.


Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.


Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid.


Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

INFO MENGENAI MASJID PUTRA

  • Nama Masjid: Masjid Putra, Putrajaya
  • Alamat Masjid: Masjid Putra, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Waktu Operasi Masjid: Dibuka setiap hari
  • No.telefon untuk dihubungi: +6 03 888 85678 
  • Peta Lokasi Masjid Putra: Koordinat Masjid Putra Untuk Navigasi GPS dan Arah Melalui Google Maps: (2.936055, 101.689578)

Credit to pengurusan Masjid Putra : http://www.masjidputra.gov.my/ms/

Credit to Google Images

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini