#MenarikDiHuluSelangor – Adelia Hill Farm Kalumpang

0
1508

Sebuah Villa unik yang dimiliki oleh En Eddy Shah ini terletak di atas bukit berkeluasan 5 ekar di Kalumpang, Selangor. Tempat peranginan yang berkonsepkan “modern village” atau “modern contemporary” ini menawarkan 4 bilik tidur dan villa ini juga mampu menempatkan sehingga 20 orang penghuni pada satu-satu masa.

Sesuai dikunjungi oleh rakan-rakan dan keluarga yang inginkan percutian yang santai dan dikelilingi oleh bukit bukau dan hutan serta kebun buah. Selain daripada itu, penghuni boleh bermain bersama haiwan peliharaan seperti burung unta, merak, arnab dan rusa. Aktiviti yang lain boleh dilakukan seperti BBQ dimalam hari dan aktiviti memancing juga boleh dilakukan bagi mengisi masa terluang bersama keluarga.

Nama Tempat : Adelia Hill Farm Kalumpang
Alamat : Adelia Hill Farm Kalumpang, Kampung Pasir Putih, 44100 Kerling, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari
Nombor Yang Boleh dihubungi : 019-7577239
Harga penginapan boleh rujuk di laman web Agoda, Booking.com ataupun boleh terus menghubungi nombor diatas.
Peta Lokasi :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini