#MenarikDiKualaLangat – Al-Cabin Camp Pulau Carey

0
1839

Bertempat di Kampung Melayu, Pulau Carey, Selangor, Al-CabinCamp yang berkonsepkan ‘private location’ merupakan salah satu lokasi yang sesuai untuk mengadakan aktiviti bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan. Dengan menggunakan Kontena sebagai binaan asas, Al-Cabin Camp turut menggunakan kayu pallet sebagai bahan tambahan untuk menjadikan keselesaan sebagai keutamaan kepada pengunjung.

Terdapat pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung. Antara kemudahan & aktiviti yang ditawarkan di Al-CabinCamp ialah : swimming pool, dapur memasak, dapur BBQ (Gas), kawasan perkhemah, kawasan berhimpun, pangkin luas (boleh dijadikan surau/tempat berkumpul), kawasan memanah, ATV, kayak, kolam memancing dan lain-lain lagi.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian: 019-612 6235/013-923 7986

Sumber: FB Al Cabin Camp

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini