#MenarikDiKualaLangat&Klang – Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang

0
930

Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang merupakan antara lokasi rekreasi yang popular di Daerah Kuala Langat. Taman rekreasi ini adalah lokasi yang tepat untuk dikunjungi bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Pelbagai spesis pokok yang boleh ditemui di kawasan paya bakau ini antaranya pokok api-api, pokok bakau kurap, pokok nireh batu, pokok nipah dan banyak lagi.

Di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang ini terdapat titian yang dibina khas untuk pengunjung yang diperbuat dari susunan kayu untuk sampai ke sisi Sungai Langat. Anda tidak perlu risau untuk melalui titian yang panjang ini kerana terdapat beberapa tempat rehat yang disediakan untuk anda berhenti rehat. Di tempat rehat ini juga adalah masa yang sesuai untuk bergambar kerana pemandangan di tengah-tengah titian ini amat cantik dan menenangkan jiwa.

Kepada mereka yang mencari lokasi untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kem jati diri, kem motivasi dan aktivti bersama keluarga, lokasi ini bolehlah dimasukkan dalam senarai pilihan anda. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tapak perkhemahan, pentas persembahan, padang dan kemudahan sukan lasak ATV dan peralatan memanah.

Lokasi : Taman Rekreasi Paya Bakau, Kg Sijangkang, 42700 Banting, Selangor.

GPS : 2.940086, 101.420725

Tiket masuk untuk melalui titian kayu:

Dewasa : RM2.00

Kanak-kanak : RM1.00

Waktu Operasi : Isnin – Ahad (9.00 pagi sehingga 6.00 petang)

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 016 – 3790661

Sumber dari Facebook Taman Paya Bakau Kg.sijangkang
Sumber dari Facebook Taman Paya Bakau Kg.sijangkang
Sumber dari Facebook Taman Paya Bakau Kg.sijangkang
Sumber dari Facebook Taman Paya Bakau Kg.sijangkang

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini