#MenarikDiKualaLangat&Klang – Paya Indah Wetlands

0
983

Paya Indah Wetlands mempunyai kawasan seluas 3,100 hektar yang merangkumi pelbagai jenis ekosistem termasuklah juga bekas kawasan lombong bijih timah dan hutan paya bakau. Semenjak aktiviti perlombongan dihentikan pada tahun 1997, Paya Indah Wetlands yang dibuka kepada orang awam pada 13 Oktober 2001.

Paya Indah Wetlands merupakan destinasi pelancongan menarik yang menawarkan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang ditawarkan adalah aktiviti :

               1- Mengayuh Basikal bersama kelurga dan kawan-kawan
               2- Berkayak di tasik yang dipenuhi pokok teratai
               3- Aktiviti ‘Birdwatching’ (dipercayai terdapat lebih kurang 210 spesis)
               4- Aktiviti ‘batik painting’ yang boleh dijadikan cenderahati dari pusat pelancongan ini.

Terdapat pelbagai jenis spesis hidupan lain yang dapat ditemui di Paya Indah Wetlands. Ini termasuklah :

                1- Empat ekor badak air (yang bernama Juwita,Kundra,Cendana dan Tiami)
                2- Buaya
                3- Ikan Arapaima (ikan Naga Merah)
                4- Angsa dan Burung Kasawari

Paya Indah Wetlands terletak di alamat KM4, Jalan Dengkil-Banting, 43800 Dengkil, Selangor. Waktu operasi adalah setiap hari bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Masuk adalah percuma.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini