Dataran Banting merupakan kawasan bagi komuniti yang ingin beriadah sama ada secara individu atau secara berkumpulan atau keluarga. Terdapat juga Wall Climbing dan juga trek papan luncur. Kanak-kanak pula boleh bermain taman permainan yang disediakan seperti buaian, papan luncur kanak-kanak, jongkang- jongket dan lain-lain.