#MenarikDiPutrajaya – Tangga Putrajaya @ Putrajaya Steps

0
1018

Tangga Putrajaya atau Putrajaya Steps merupakan 1 ikonik terbaharu tarikan pelancong di Putrajaya. Projek Tangga Putrajaya yang pembinaannya berbaki lagi 20 peratus, kini memasuki peringkat penanaman puluhan pokok Tekoma atau turut dikenali sebagai Sakura Malaysia. Menurut Perbadanan Putrajaya (PPj), pohon tersebut atau nama saintifiknya Tabebuia rosea bakal menjadi ladskap utama kawasan tangga berkeluasan 4995 meter persegi itu. Pohon Sakura Malaysia atau tekoma yang akan ditanam dikiri dan kanan laluan tersebut secara kelazimannya berbunga warna merah jambu ketika cuaca panas terik sekitar Mac hingga April setiap tahun dan spesies ini turut digelarkan sebagai pokok bunga kertas tisu atau Cherry Blossom, merupakan pohon jenis teduhan serta berasal dari rantau Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Tangga Putrajaya ini diinspirasikan dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Italy dan tidak kurang juga Batu Caves Malaysia di mana lokasi-lokasi tersebut telah menjadi lokasi wajib pergi oleh pelancong diseluruh dunia. Ia bertujuan meweujudkan prasarana berkonsepkan perlancongan rekreasi dan aktiviti riadah di Putrajaya.

Cadangan pembinaan tangga ini dapat dilihat sebagai satu paksi lurus (axis) yang menghubungkan kawasan tumpuan pelawat iaitu Dataran Putra Perdana untuk ke Mercu Tanda yang terletak di Taman Putra Perdana yang bersambung dengan Laman Putra Perdana seterusnya Hotel Pulse Grande.

Taman Putra Perdana terletak di dalam lingkaran Persiaran Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (PSSAS) di Presint 1 Putrajaya dan berkeluasan 158 ekar. Taman ini mempunyai tarikannya yang tersendiri di mana terletanya mercu tanda pertama yang berketinggian 20m telah dibina serta melambangkan titik permulaan pembangunan daripada sebuah ladang berkembang menjadi sebuah Wilayah Persekutuan. Terdapat 2 buah banggunan ikonik Putrajaya di dalam taman ini iaitu Istana Melawati dan Hotel Pulse Grande Putrajaya.

Ciri-ciri Tangga Putrajaya:

Keluasan : 1.2 ekar

Panjang : 200 meter

Tinggi : 30 meter

Lebar : 3 meter

Tangga ke Mercu Tanda: 248

Bilangan Plaza : 4

Bilangan Landing : 14

Bilangan Lampu Taman: 46

Pokok Landskap Utama : Tabebuia rosea (Sakura Malaysia)

Info:

  1. INFO
  2. Nama Taman : Tangga Putrajaya @ Putrajaya Steps
  3. Alamat Taman: Presint 1 Putrajaya
  4. Waktu Operasi : Masih dalam pembinaan
  5. Lain-Lain Info Yang Bersesuaian : https://www.facebook.com/putrajaya
  6. Peta Lokasi Taman Putra Perdana:

Kredit:

https://www.facebook.com/putrajaya

https://www.ppj.gov.my/second-menu/taman-putra-perdana

Utusan Malaysia

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini