#MenarikDiPutrajaya – Taman Wawasan Putrajaya

0
1252
Taman Wawasan mungkin tidak begitu terkenal seperti beberapa taman Putrajaya yang lain seperti Taman Wetlands atau Taman Botani Putrajaya tetapi ia sangat bernilai jika anda ingin meluangkan masa di sana.

Taman Wawasan mempunyai bentuk muka bumi berbukit dan bercerun. Taman Wawasan yang terletak di Nusa Perdana ini menjadi tarikan kerana kedudukannya berada di paras yang tinggi membolehkan pengunjung menikmati keindahan landskap dan pemandangan disekitar Putrajaya. Taman ini terletak bersebelahan Bangunan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) yang merupakan Kompleks Kerajaan Persekutuan yang telah dibina di dalam taman ini. Di Wisma Putra terdapat sebuah menara jam yang akan mengeluarkan muzik setiap jam. Disini anda boleh melihat pelbagai tempat menarik yang terkenal di Putrajaya seperti Dataran Putra, Masjid Putra, Pejabat Perdana Menteri dan Istana Melawati Sultan Selangor istana (Istana Darul Ehsan). Taman ini seluas 137 ekar. Antara aktiviti riadah yang sesuai dijalankan di Taman Wawasan adalah seperti jogging, berkelah, berbasikal dan sebagainya. 

Di Taman Wawasan juga terdapat Pantai Kerikil atau lebih dikenali sebagai Peeble Beach. Peeble Beach ini seakan sebuah pantai sebenar yang terletak di tengah-tengah kesibukkan bandar raya ini. Disini juga terdapat sebuah kolam panjang yang dipenuhi dengan tanaman teratai berwarna-warni dan dipenuhi dengan pepatung.  Selain itu terdapat juga Taman Bunga Raya (Laman Bunga Raya) yang mempamerkan bunga kebangsaan Malaysia. Taman ini juga dilengkapi dengan Amfiteater sekiranya anda ingin menunjukkan kemahiran lakonan anda. Amfiteater ini sangat luas sesuai untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran. Terdapat banyak gazebo dan tempat duduk untuk berkelah dan bersantai. Taman ini sangat bagus untuk mereka yang mempunyai hobi berbasikal tetapi jalannya berbukit jadi anda memerlukan stamina yang sangat tinggi !

  INFO
  Nama Tempat: Taman Wawasan Putrajaya
  Alamat : Presint 2, 62100 Putrajaya bersebelahan Wisma Putra
  Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang
  Lain-Lain Info Yang Bersesuaian : Masuk adalah percuma
  Peta Lokasi (Lat-Long/Waze/Google Map/Etc) : Search Taman Wawasan Putrajaya
  

Kredit: https://www.malaysia-traveller.com/taman-wawasan.html

Kredit: Perbadanan Putrajaya

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini