Taman Jaya merupakan sebuah taman yang popular di kalangan penduduk Petaling Jaya untuk melakukan aktiviti berjogging dan beriadah. Taman yang tenang ini dikelilingi oleh pelbagai jenis pokok dan sebuah tasik yang cantik. Taman ini berdekatan dengan Stesen LRT Taman Jaya dan bersebelahan dengan pusat membeli-belah Amcorp Mall dan Padang Dataran Petaling Jaya. Selain berjogging, berbasikal atau pun bermain skateboard atau inline skate, pengunjung juga boleh memancing di sini menggunakan permit yang boleh diperolehi daripada MBPJ. Pengunjung juga boleh melawat Muzium Petaling Jaya yang terletak di dalam kawasan taman ini sendiri atau pun sekadar bersiar-siar menikmati keindahan taman dan tasik sambil menikmati makanan ringan yang dijual oleh peniaga yang beroperasi berhampiran tasik ini.
Maklumat Lanjut :
Alamat : Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Sumber : https://www.mbpj.gov.my/ms/pelawat/rekreasi/taman-jaya