
Cafe Seger D Village terletak di Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor tidak jauh dengan Kampung Labohan Dagang. Kafe ini menjual pelbagai aneka cendol, masakan barat, masakan panas, dan masakan ala-Thai. Selain menu masakan yang sedap-sedap, disini juga kita boleh menikmati hidangan dengan pemandangan yang indah dimana konsep kafe ini adalah berkonsepkan Industrial Moden. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dengan layanan kru-kru kafe yang sangat ramah. Jika anda tidak berkesempatan untuk hadir ke kafe, jangan risau kerana disini juga disediakan penghantar makanan seperti Grab Food dan Food Panda.
Alamat: Lot 2643 batu 39, 1/2, Jalan Seribu Tahun, Kampung Olak Lempit, 42700 Banting, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (4pm-12am)
No Telefon: 0122484697
Facebook: https://www.facebook.com/cafeseger/



