Kuala Langat sering dikenali sebagai lokasi memborong kerepek-kerepek tempatan sama ada untuk dimakan sendiri atau untuk dijual semula. Ros Kerepek merupakan salah satu pembekal kerepek yang menjual pelbagai jenis kerepek. Terdapat sebahagian kerepek yang telah diinovasi menjadi kerepek dengan pelbagai perisa. Contohnya, terdapat pelbagai perisa bagi kategori kerepek ubi seperti perisa black pepper, salted egg dan cheese.
Tidak kira musim perayaan ataupun tidak, Ros Kerepek sentiasa dikunjungi orang ramai yang ingin mendapatkan aneka kerepek, biskut dan kek dengan harga yang berpatutan. Kerepek-kerepek di Ros Kerepek boleh dibeli dalam pelbagai saiz mengikut keperluan pelanggan. Mereka juga menawarkan pembungkusan khas kerepek untuk dijadikan sebagai goodies gift dan hamper.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Nombor telefon: 012-3455299
Alamat: Lot 738, Jalan Sukun, Kanchong Darat, 42700 Banting Selangor.
Facebook: https://www.facebook.com/kerepekros
Shopee: https://shopee.com.my/roskerepek1989