Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah sebuah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada tahun 1999. Putrajaya adalah sebuah ibu kota pintar berkonsepkan dalam taman yang terletak 25 Kilometer di selatan Kuala Lumpur. Putrajaya juga merupakan sebuah bandar futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan yang ke-3 di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kini, Putrajaya sangat terkenal dengan taman-taman yang indah seperti Taman Botani, Taman Saujana Hijau dan lain-lain lagi. Antara tarikan terbaharu di Putrajaya adalah Pantai Floria dan Putrajaya Steps. Kebanyakan tempat menarik di Putrajaya hanya sesuai untuk dilihat pada waktu siang sahaja, oleh itu Perbadanan Putrajaya telah menaik taraf 1 taman di Taman Putra Perdana sebagai kawasan tarikan pelancong pada sebelah malam pula.
Secret Garden Putrajaya merupakan sebuah taman yang dihiasi dengan pelbagai jenis lampu LED berwarna-warni. Secret Garden ini terletak di Taman Putra Perdana Presint 1, berhadapan dengan Hotel Pulse Grande Putrajaya. Taman ini terletak di atas roundabout terbesar dunia iaitu roundabout Putrajaya yang terletak di Presint 1.
Secret Garden ini dipenuhi dengan limpahan warna-warni lampu LED. Lampu LED dipasang disetiap pokok-pokok dan rumput di taman ini. Terdapat juga arca Dinosaur dan Pintu Gerbang Love yang menjadikan taman ini lebih menarik untuk dikunjungi bersama seisi keluarga. Setiap pokok ditaman ini disinari dengan warna-warni lampu LED menambahkan lagi seri pada malam hari di taman ini. Selain itu terdapat juga air pancut berlampu disekitar taman berkenaan. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti parking kereta dan bas percuma, tandas awam yang bersih dan mesin air. Taman ini juga dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan.
Jika anda terus ke sebelah belakang, anda akan dapat lihat Mercu Tanda Putrajaya yang berupa seakan Tanjak atau Tengkolok. Mercu Tanda Putrajaya ini berkonsepkan Teknologi serta Tradisonal. Selain itu, Mercu Tanda Putrajaya ini turut dikenali sebagai kapsul masa Putrajaya dengan menyimpan dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Antara dokumen yang ada didalam kapsul berkenaan adalah ;
- Salinan Kertas Kabinet berkaitan dengan Pembangunan Putrajaya
- Salinan Perjanjian Putrajaya
- Salinan Enakmen Putrajaya Perlaksanaan Fungsi 1995
- Salinan Rang Undang-Undang Perbadanan Putrajaya
- Naskah Laporan Teknikal Putrajaya
- Naskah Risalah Korporat Putrajaya
Pada mereka yang tidak tahu lagi, Secret Garden ini juga bersambung dengan Putrajaya Steps. Oleh itu, jika anda dari bawah roundabout dan menaiki tangga di Putrajaya Steps, anda akan melalui Taman Putra Perdana dan akhir sekali anda akan sampai di Secret Garden ini. Jadi anda dapat meneroka keindahan alam sambil melalui 3 tarikan utama di Putrajaya iaitu Putrajaya Steps, Taman Putra Perdana dan Secret Garden !!!.
Info
Nama: Secret Garden Putrajaya
Alamat: Taman Putra Perdana, Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Maps:
Kredit: Sarahhaziqah Usoldin