#MenarikDiSabakBernam – Kelip-kelip Sungai Panjang

0
742

KELIP-KELIP ialah sejenis serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya berkelip-kelip pada waktu malam.

Suasana malam yang meriah dengan cahaya kelip-kelip itu memang mengasyikkan! Banyak tempat di Malaysia menjadi habitat serangga bercahaya ini, sekali gus menjadi daya tarikan sebagai lokasi tumpuan eko pelancongan.

Habitat kelip-kelip di Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor antara lokasi menarik wajib diterokai pencinta alam sekitar atau sesiapa sahaja yang mahu menikmati keajaiban alam.

Kehadirannya dalam jumlah yang banyak menjadikan Sungai Panjang sebagai satu daripada santuari kelip-kelip dan membuka peluang kepada penduduk setempat menawarkan perkhidmatan bot membawa pengunjung menyusuri sungai melihat gemerlapan cahayanya.

Aktiviti melihat kelip-kelip yang di sekitar Sungai Panjang ini biasanya bermula sekitar jam 8 hingga 10 malam. Tempoh berkenaan adalah waktu kebiasaan serangga bercahaya ini mengerumuni pokok paya bakau di sekitar sungai berkenaan.Pengunjung akan dibawa ke kawasan kelip-kelip bagi menikmati suasana yang cukup indah. Bayangkan dalam suasana pekat malam dan hanya ditemani bunyi serangga, anda dihidangkan dengan pemandangan menakjubkan ribuan cahaya kecil umpama bintang berselerakan di dada langit menghiasi deretan tebing.

NAMA – Kelip-kelip Sungai Panjang

ALAMAT PREMIS – Pusat Konservasi Kelip-kelip Sungai Panjang 45300 Sungai Besar, Selangor

WAKTU OPERASI – Setiap Hari (6petang – 10 malam)

NO UNTUK DIHUBUNGI – 0137220772

BAYARAN TIKET BOT – Kanak-kanak       : RM 10.00 (3-11 Tahun)

                                       Dewasa               : RM 15.00 (12 Tahun ke atas)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini