D’Bendang Abah Station adalah sebuah lokasi makanan dan minuman yang penah diilhamkan dan diinspirasikan oleh arwah abah kepada pemilik restoran ini. Usahasama antara adik beradik yang menghidupkan impian arwah abah mereka menjadi realiti.
Berlatar belakangkan pemandangan sawah padi, pastinya mengamit memori indah bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota dan kerja seharian. Pelbagai menu yang disediakan dari masakan barat hingga ke masakan melayu.
NAMA – D’Bendang Abah Station
ALAMAT PREMIS – Parit 3 Sungai Haji Dorani 45300 Sungai Besar, Selangor
WAKTU OPERASI – 3 petang – 11 malam
NO UNTUK DIHUBUNGI – 0139805010