Bagi mereka yang menginginkan pengalaman menjamu selera seakan berada dibawah laut, anda boleh ke Restoran Delay No More Under The Sea. Restoran ini bukan berada dikawasan pantai mahupun laut, tetapi ia berada didalam sebuah pusat membeli-belah yang terkemuka di Putrajaya iaitu IOI City Mall. Seperti namanya, restoran ini menggunakan dekorasi yang sangat kreatif supaya pelanggan merasai seakan sedang menjamu selera dibawah laut. Selain itu, mereka menyediakan makanan laut yang paling segar terus dari lautan.
Apabila anda lalu didepan restoran ini, anda pasti akan sangat tertarik kerana terdapat akuarium yang besar menempatkan lebih kurang 18 jenis makanan laut yang hidup didalamnya. Restoran ini menyediakan ruang makan seakan anda berada didalam lautan dengan menggunakan wallpaper gambar didalam laut dan pencahayaan kebiruan seperti air laut. Kesan pencahayaan dan dekorasi ini membolehkan anda merasai pengalaman seperti berada dibawah lautan. Makanan yang dimasak juga adalah 100% segar dengan pelbagai rasa. Selain itu terdapat juga bilik makan VVIP untuk mereka yang inginkan lebih privasi semasa menjamu selera.
Antara makanan laut yang dijual disini adalah seperti Australian flown live lobster, live mud crab dari Indonesia, Tiger Garoupa, Sotong, Udang Harimau, Jumbo Oyster dari USA, Alaska King Crab, Mantis Shrimp , Ikan Kerapu Harimau, dan pelbagai lagi makanan laut. Kesemua makanan laut ini dibawa segar dari lautan dan disimpan hidup-hidup didalam akuarium dihadapan premis mereka. Antara menu yang popular dikedai ini adalah Garlic Butter Australia live lobster. Lobster ini disapu dengan sos bawang putih butter yang istimewa kemudian dibakar didalam oven. Seekor lobster dianggarkan berat dari 750 gram hingga 1.8 kilogram. Selain itu terdapat juga masakan cheesy live mud crab yang didatangkan dengan sos cheese istimewa.
#MenuSignature kami Stir Fry Sabah Coral Lobster With Foie gras & White Truffle Oil
Makan besar bersama keluarga pastinya menjadi kenangan indah apabila menjamu selera disini.
Info:
Nama kedai: Delay No More Crab Under The Sea – IOI City Mall
Alamat: Lot No. GE-8-10, Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 W.P. Putrajaya.
No.telefon: 012-7178781, 03-86836073
Waktu operasi: 10.00 am – 10.00 pm
Facebook: https://www.facebook.com/delaynomorecrab.ioicity
Maps:
Kredit: Facebook: https://www.facebook.com/delaynomorecrab.ioicity