Sisiran Floria Putrajaya merupakan salah satu tarikan terbaharu taman rekreasi yang terletak di Anjung Floria Presint 4, Putrajaya. Selepas sekian lama sepi tanpa pengunjung oleh kerana pandemik Covid-19, Putrajaya kini kembali meriah dengan kehadiran orang ramai dari Putrajaya mahupun luar Putrajaya. Dengan itu, pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengambil pelbagai inisiatif dengan mewujudkan kawasan rekreasi baharu dalam usaha menarik pengunjung ke “bandar dalam taman” ini iaitu Putrajaya. Pembukaan Sisiran Floria ini adalah bermula pada 1 Februari 2022 bersempena dengan Hari Wilayah yang disambut setiap 1 Februari.
Kawasan ini menjadi salah satu tarikan perlancongan baharu di Putrajaya membabitkan 5 bahagian iaitu pantai berpasir di Pantai Floria, bot kawalan jauh, memancing, berkhemah dan berkayak. Tarikan baharu ini adalah usaha PPj bagi meningkatkan lagi jumlah pengunjung ke pusat pentadbiran kerajaan. Pengunjung hanya akan dikenakan cas minima untuk setiap aktiviti berkenaan. Pengunjung juga dibenarkan untuk berkelah bersama seisi keluarga di tepi tasik atau pantai buatan yang disediakan.
Jadi, jika anda tidak tahu kemana nak pergi hujung minggu ini, boleh la pergi ke Sisiran Floria Putrajaya untuk beriadah bersama keluarga tercinta ! Jom.
Info:
Nama: Sisiran Floria Putrajaya
No.tel: 019-312 7345
Lokasi: Anjung Floria Presint 4, Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari 9.00 pagi – 6.30 petang
Laman sosial: Facebook (Rekreasi Air Sisiran Putrajaya)
Maps:
Kredit: Harian Metro, FB Rekreasi Air Sisiran Putrajaya