#MenarikDiPetaling – Restoran Ayam Kampung Publika

0
694

Restoran ini menghidangkan masakan kampung yang biasanya akan menjadi pilihan ramai. Terutama jika masakan mereka sedap. Memang seronok makan nasi dengan pilihan lauk sendiri yang kemudiannya ditambah dengan ayam kampung goreng. Bagi mereka yang rindu dengan masakan kampung, ini betul-betul akan mengubat rindu anda semua. Menu lain yang boleh didapati ialah gulai urat, siput sedut masak lemak, daging salai, sup tulang, sup tulang, sup herba, ulam-ulaman, sambal belacan dan banyak lagi.

Nama : Restoran Ayam Kampung Publika
Alamat : G 22, Jalan PJU 8/3, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya
Nombor Boleh Dihubungi: 019-3822776
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (10.30pagi – 4.00petang)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini