Ramai yang mengemari makanan ala-ala barat , lagi-lagi chicken chop. Sebut sahaja western selalunya harga yang ditawarkan pasti mahal. Maklumlah jika di bandar, selalunya harga makanan terutama menu western memang agak mahal di kebanyakkan restoran terutamanya restoran-restoran yang terkenal dengan jolokan ‘kafe hipster’ ini.
Namun di Paksu Chicken Chop ini, menu kegemaran ramai iaitu chicken chop boleh didapati pada harga yang tidak masuk akal murahnya iaitu RM6.90 sahaja begitu juga lamb chop dengan harga RM8.90. Murah bukan? walaupun harganya terlampau murah, namun saiz hidangannya sama seperti saiz hidangan di kafe dan restoran yang lainnya. Sos lada hitam, kentang goreng dan coleslaw yang disajikan juga tidak ‘kedekut’ serta cukup mengenyangkan dan sangat berbaloi. Anda juga boleh mengenakan chicken chop bersama nasi goreng dengan harga RM 8.90 sahaja. Disini juga terdapat menu-menu lain yang boleh anda dapati dengan harga yang sangat berbaloi.
Alamat : 289, 279, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Setiap hari ( 2pm-10pm)
Nombor Telefon : 017-238 7753
Facebook : https://www.facebook.com/PaksuCC