Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya mempunyai kolam mandi awam untuk komuniti setempat dan pengunjung. Kolam mandi ini sering menjadi tumpuan bagi aktiviti santai dan beriadah bersama rakan-rakan dan keluarga. Terdapat gerai-gerai peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan berbagai barangan dan makanan ringan. Ketika ini, tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan bagi setiap pengunjung yang hadir ke sini
Dataran Gemilang ialah sebuah plaza bulat yang menandakan penghujung selatan Persiaran Perdana. Dataran Gemilang ini terletak berhadapan bangunan-bangunan antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Penerangan dan Kementerian Perumahan presint 4.
Lokasi :
Dataran Gemilang Presint 4
Putrajaya, WP Putrajaya
Malaysia
https://www.google.com/maps/dir//2.9037149,101.6803808/@2.9037388,101.6103574,12z