#MenarikDiKualaLumpur – The Ame Soeur

0
936

Namanya saja mampu menarik perhatian ramai. Ame Soeur yang membawa maksud “teman sejiwa” dalam bahasa Perancis merupakan salah satu restoran yang sangat popular di Bukit Jalil. Bukan sekadar namanya di dalam bahasa Perancis, malah rekaan dalaman restoran ini turut mempunyai ciri-ciri khas yang didatangkan dari negara tersebut. Diilhamkan dari Era Victoria, bahagian dalam restoran ini dihiasi indah dengan cermin panjang di sepanjang dinding, yang merupakan tempat tumpuan para pengunjung bagi mengambil gambar yang menarik. Selain itu, lampu-lampu candelier dapat dilihat bergantungan indah di sepanjang ruangan premis ini. Dengan menggunakan kombinasi gaya baroque dan rona keemasan di seluruh restoran, tempat ini benar-benar menyajikan suasana mewah bagi para pengunjung yang datang. Anda bukan saja dapat menikmati hidangan malahan dapat mencuci mata melihat keindahan hiasan dalamannya.

Walaupun dilengkapi dengan hiasan mewah, namun restoran ini menyajikan hidangan pada harga yang sangat berpatutan. Dan menariknya di sini, menu yang ditawarkan sesuai untuk mereka yang ingin datang pada bila-bila masa seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam. Antara menu yang digemari oleh para pengunjung ialah egg benedict, beef wellington, roasted stuff chicken leg, fresh herb seafood shell spaghetti dan Norwegian salmon trout. Mendengar nama hidangannya saja sudah membangkitkan selera, apatah lagi sekiranya anda sendiri merasai pengalaman mencuba makanan yang ditawarkan di restoran ini. Dan sudah pasti, pencuci mulut adalah hidangan yang wajib dicuba sekiranya anda berkunjung ke sini. Antara menu pencuci mulut yang menjadi pilihan pengunjung ialah French macarons, creme brulee, dan Belgium dark chocolate waffles. Hidangan pencuci mulut ini juga boleh dipadankan dengan minuman panas yang terdapat di Ame Soeur seperti teh chamomile, earl grey , peppermint dan Darjeeling. Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba campuran teh istimewa yang mempunyai rasa unik seperti lavender, rosemary, verbena dan French rose yang mewakili bunga bagi setiap empat musim. 

Sekiranya anda berkunjung ke sini, pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu di laman web atau Facebook, The Ame Soeur. Dan jangan lupa untuk mencuba segala menu yang dicadangkan dan kongsikan pengalaman anda berserta dengan gambar-gambar yang menarik semasa berada di The Ame Soeur. Anda pasti berpuas hati kerana bukan saja dapat menikmati kelazatan hidangannya, tetapi anda juga dapat merasai pengalaman makan dalam suasana serba mewah. Lokasi restoran ini juga terletak di kawasan strategik iaitu di Pusat Perdagangan Bandar Bukit Jalil, berdekatan dengan Pavilion Bukit Jalil. Diharapkan The Ame Soeur sentiasa konsisten dalam menyajikan hidangan yang lazat kepada para pelanggannya.

Alamat Restoran : N3A Pusat Perdagangan Bandar Bukit Jalil, Jalan Persiaran Jalil 357000 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : Setiap Hari (11 Pagi – 8 Malam)

Email: enquiry@theamesoeur.com

Telefon: 03-2715 3285

Facebook Page: The Ame Soeur (https://www.facebook.com/theamesoeur/)

Instagram : https://www.instagram.com/theamesoeur/

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini