Pernah tak makan sate besar tak? Besar macam mana? Kalau nak tahu datanglah sendiri dekat Satay Hut Tanjong karang. Biasa kalau makan 2 cucuk sate besar ni, untuk min dah cukup kenyang la berbanding sate yang kecik. Ada 2 saiz sate yang ada dekat sini, satu saiz kecik dan satu lagi saiz besar. Rasa kuah kacang pun sedap. Pekena plak dengan nasi impit sekali ada timun dengan bawang. Mantap bossku!
Bukan takat boleh makan sate je, banyak lagi makanan yang disediakan di sini, Nasi Mak Mok, Nasi Goreng Adik Angkat, Mi Gorang Mamak pun sedap juga. Apa lagi ye, kalau nak rasa ABC leleh pun ada. Tengah panas-panas ni layan juga makan ABC.
Semasa PKP ni, kedai Satay Hut beroperasi seperti biasa, tetapi hanya Take Away dan Delivery sahaja dibenarkan. Nanti kalau dah boleh Dine In diorang roger dalam facebook ye. Mesti rindukan nak lepak makan dekat kedai dengan kawan-kawan. Apa-apa pun sekarang, mohon semua untuk jaga diri, jaga kesihatan. Moga semuanya sihat.
Satay Hut juga boleh ditempah melalui Halo Delivery dan Foodpanda
Nama : Satay Hut Tanjong karang
Alamat : Lot 74 Jalan Besar Tanjong Karang, 45500 Tanjong Karang, Selangor
Nombor Boleh Dihubungi: 017-393 0169
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (12.00 Tengahari – 10.00 Malam)
Facebook : https://www.facebook.com/Sedappadu