#MenarikDiKualaLumpur – Killer Gourmet Burgers (KGB) Bangsar

0
979

Di Killer Gourmet Burger (KGB beberapa pilihan jenis burger yang menggiurkan iaitu Bobcat, Pineapple Express, Truffle’d Swiss, Double Animal dan Bash. Nama-nama ini mungkin kedengaran unik, namun kesemuanya enak belaka! Rata-rata pelanggan memuji apa jua burger yang mereka pilih. Menurut pelanggan, burgernya lebih besar daripada burger di tempat lain dengan harga yang lebih murah juga. Dagingnya yang lembut dan ‘juicy’ membuatkan pelanggan amat menyukainya.

Bagi yang ingin makan besar, pilihlah set yang siap dengan kentang goreng dan minuman. KGB dengan bangganya mempunyai tiga cawangan setakat ini.

Alamat : 23, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari, untuk Isnin hingga Khamis bermula dari jam 12 tengahari hingga 10:30 malam, manakala Jumaat hingga Ahad dibuka bermula dari jam 12 tengahari hingga 11 malam.

No Telefon : 03-2201 1220

Facebook : https://www.facebook.com/KGB.Killer.Gourmet.Burgers

Laman Web : http://www.kgb.my/

Sumber : Laman Web Rasmi KGB, Facebook KGB, Google Maps & Google Image

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini