Tidak asing lagi di kalangan kita dengan makanan yang berasal dari luar negara yang berbagai negara seperti, Thailand, Arab, Vietnam, India dan sebagainya yang merupakan antara sajian yang tidak lekang bermain dimulut orang ramai.
Lantaran itu, restoran makanan terkemuka iaitu Restoran Zafran yang berkonsepkan restoran di tanah Arab dan santai yang dicipta bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang menggemari masakan Arab. Selain daripada menu makanan, minuman juga antara menu yang digemari oleh pelanggan. Antara menu minuman yang tersedia, minuman buah-buahan, barbican, minuman panas seperti teh ‘O’, kopi dan sebagainya.
Namun, Restoran Zafran yang terkenal dengan mengetengahkan masakan asli Arab ditubuhkan dan mula bertapak di Malaysia dan ia juga menyediakan pelbagai menu masakan Arab di Restoran ini. Selain daripada makanan Arab disana, pencuci mulut seperti, kek aiskrim, kek brownies, aiskrim, tortilla, pizza, makanan ringan contohnya, ayam tempura, kentang goreng dan sebagainya juga tersedia untuk kanak-kanak sekiranya dibawa bersama untuk menjamu selera dengan masakan Arab.
Selain daripada menu manakan dan minuman, Restoran Zafran juga menyediakan perkhidmatan seperti shisha. Kebanyakkan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan shisha adalah dari dalam negara Malaysia itu sendiri. Berbicara mengenai harga, rata-rata rakyat Malaysia berpuas hati dengan harga tersebut kerana amat berpatutan dengan makanan yang disajikan. Harga untuk seorang bagi satu hidangan termasuk air tidak melebihi RM30.00.
Alamat Restoran : 8, Lorong Raja Uda 1, Kampung Baru, Kuala Lumpur 50300.
Waktu Operasi : Setiap Hari (12.00pm – 5.00am)
Telefon: +6032857843 / +60172985275
Website:https://www.zomato.com/kuala-lumpur/zafran-restaurant-kampung-baru
Instagram: restoran_zafran(https://www.instagram.com/Restoran_Zafran/)
Fb Page: Zafran Restaurant Kampung Baru(https://www.facebook.com/zafrankampungbaru)
Sumber : Facebook & Instagram Restoren Zafran dan Google Maps