#MenarikDiPutrajaya – Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

0
457

Menu ayam goreng kunyit merupakan salah satu juadah yang popular dalam kalangan warga Putrajaya. Hal ini kerana warga Putrajaya mementingkan kecepatan mendapatkan pesanan makanan disamping harga yang murah dan sedap. Jom kali ini anda boleh merasai sendiri ayam goreng kunyit yang padu di Mat rock Ayam Goreng Kunyit yang turut mempunyai cawangan di WP Kuala Lumpur, Selangor dan terbaru di cawangan Cyberjaya.

Bagi warga Putrajaya, anda boleh mencubanya di Gerai No.2 Medan Selera Presint 9, Putrajaya. Mat Rock Nasi Ayam Goreng Kunyit jug menyediakan penghantaran makanan dengan menggunakan aplikasi FoodPanda dan juga Food Truck di sekitar pasar malam, pasar tani dan tapak Food Truck di sekitar WP Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Antara menu yang disediakan semestinya menu Signature mereka iaitu Nasi Ayam Goreng Kunyit. Selain itu, ada pelbagai lagi menu lain seperti Nasi Daging Goreng Kunyit, Nasi Sotong Goreng Kunyit, Nasi Udang Goreng Kunyit dan lauk campur. Setiap menu disediakan bersama nasi putih yang panas, kicap dan sambal belacan beserta lauk yang dipilih.

Info:

  • Nama Kedai: Mat Rock Ayam Goreng Kunyit (Cawangan Putrajaya)
  • Alamat Kedai: Gerai No.2, Medan Selera Presint 9 Putrajaya (Berdekatan Klinik Kesihatan Presint 9)
  • Waktu Operasi : Dibuka setiap hari, 12.00 PM – 9.30 PM
  • Facebook : Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit
  • No telefon: Kamel: 0173556693
  • Peta Lokasi Kedai/Restoran/Etc (Lat-Long/Waze/Google Map/Etc) : Medan Selera Presint 9

Kredit:

Facebook: Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit, Google Images

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini