#MenarikdiPutrajaya-Muzium Alam Semulajadi

0
428

Penubuhan Muzium Alam Semulajadi (MAS) di Presint 15, Putrajaya merupakan satu usaha kerajaan untuk mengumpul, mendokumentasikan dan mempamerkan khazanah alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, batuan, mineral dan fosil yang terdapat di negara ini untuk dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat dalam negara mahupun pelancong. Di muzium ini, semua spesimen flora dan fauna yang telah pupus, terancam dan masih wujud dikumpulkan di bawah satu bumbung untuk tujuan pengekalan warisan alam semulajadi negara kita.

Semenjak Jabatan Muzium Malaysia ditubuhkan, Muzium Alam Semulajadi adalah merupakan salah satu bahagian yang diwujudkan oleh jabatan untuk membuat kajian dalam bidang flora dan fauna. Pada masa itu iannya dikenali sebagai Bahagian Ilmu Kejadian. Proses pengutipan spesimen flora dan fauna untuk koleksi muzium juga sebenarnya telahpun bermula semenjak 1901 lagi dimana ianya dimulakan oleh pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat di Tanah Melayu pada masa itu. Ini dibuktikan dengan banyak rekod spesimen terawal yang kini dalam simpanan Jabatan Muzium Malaysia bermula pada tarikh tersebut.

Waktu Operasi : 10.00 am – 6.00 pm setiap hari
Alamat: Presint Diplomatik, Presint 15, 62050 WP Putrajaya.
Telephone No: 03-8890 2877

Facebook : https://www.facebook.com/pages/Muzium%20Alam%20Semulajadi%20Putrajaya/412652882140857/

Kredit: http://www.jmm.gov.my/ms/museum-directory, facebook:Muzium Alam Semulajadi,Putrajaya

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini