Steamboat & Grill merupakan cawangan kedua Tok Burn Cafe yang terletak di Pantai Remis Jeram, Selangor. Kepada yang merancang untuk pulang ke kampung, bawa anak jalan-jalan ke pantai atau tengah cari port makan best, boleh cuba Steamboat & Grill di Tok Burn Cafe. Banyak menu berbaloi disediakan.
Sedap dan banyak pilihan. Pelbagai jenis pilihan makanan disediakan di stesen buffet termasuklah aneka pilihan Yong Tau Fu seperti pepahat , kepah , lala , udang , kerang , sotong dan banyak lagi. Tidak lupa juga buat pengemar daging, ada kambing , lembu , ayam dan ikan. Menariknya setiap hidangan daging ni diperap dengan empat jenis perapan iaitu BBQ , Madu dan Black Pepper.
Bagi yang ingin kan kelainan , ada juga nasi goreng , mee goreng , spagetti bolognese , laksa dan rojak buah. Untuk anak anak pulak ada ais krim , kek , pelbagai jenis kuih muih, hot dog dan banyak lagi.
Alamat : PT7580 Batu 17 Jalan Klang, Jalan Pantai Remis, 45800 Jeram, Selangor.
Waktu Operasi : 4.00 petang – 12.00 malam
No Telefon : 014-967 4221
Facebook : https://www.facebook.com/tokburncafeprj/
Peta Lokasi :




