Pantai Batu 23 merupakan salah satu tempat yang harus dilawati sekiranya berkunjung ke Daerah Sabak Bernam yang terletak di Jalan Pantai, Kampung Batu 23, Sungai Nibong.Pantai ini menyediakan pelbagai tempat rekreasi dan kemudahan yang menarik kepada pengunjung terutama pengunjung dari luar kerana di pantai ini ada menyediakan perkhidmatan resort dan homestay bagi memudahkan pengunjung menginap dan bermalam di pantai ini.
Di Pantai Batu 23 juga pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti memancing, melihat suasana matahari terbenam, mengambil gambar serta menikmati makanan di gerai dan restoren yang berhampiran.Pantai ini juga menyediakan kemudahan awam seperti tandas, surau, taman permainan dan dataran untuk sebarang aktiviti perkhemahan, reunion dan sebagainya.
Nama : Pantai Batu 23 Sungai Nibong
Alamat premis : Jalan Batu 23 Sungai Nibong 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi : Setiap hari
Nombor untuk dihubungi : Tiada
Peta lokasi :