#MenarikDiKualaLumpur – Kompleks Kraf Kuala Lumpur

0
1594

Sekiranya anda ingin mencari barangan kraftangan yang menarik, apa kata ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini. Destinasi ini menempatkan banyak pilihan barangan kraftangan berkualiti seperti pakaian, aksesori wanita, barangan perhiasan rumah ataupun barangan unik yang boleh dijadikan koleksi peribadi anda. Kalau anda bercadang untuk melangsungkan perkahwinan kelak, destinasi ini juga mempunyai banyak koleksi busana tradisional menarik yang mungkin boleh anda cari idea untuk mejlis anda nanti.

Selain membeli barangan hasil kraftangan di sini, pengunjung juga boleh belajar tentang sejarah perkembangan seni kraftangan di Malaysia dan juga melihat staf di sini menghasilkan barangan tradisional seperti batik, tembikar dan sebagainya. Siapa sangka, di tengah bandaraya Kuala Lumpur juga anda berpeluang untuk melihat aktiviti-aktiviti tradisional seperti menganyam songket, membuat pasu, mencanting batik dan pengukiran bot tradisional. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti DIY batik, buat pasu dan sebagainya.

Kompleks bangunan ini mempunyai ciri senibina Melayu Orang Terengganu yang majoritinya menghimpunkan produk kraftangan tradisional yang kontemporari dari seluruh pelusuk negara. Umumnya ada 3 bahagian utama yang boleh anda lawati di sini iaitu Perkampungan Kraf, Perkampungan Pelukis dan juga Muzium Kraf. Destinasi ini mengetengahkan suasana panorama ala-ala desa dengan landskapnya yang berkonsepkan Malaysian yang sangat berbeza dengan tempat membeli-belah moden yang lain di Kuala Lumpur. Satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang sangat disyorkan untuk pelancong belajar tentang kesenian dan kebudayaan tradisional orang Malaysia.

SUMBER : caridestinasi.com

SUMBER VIDE0 : Kraf TV Youtube

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini