#MenarikDiKualaLumpur – Ayam Golek 5 Bintang

0
1599

Ayam Golek 5 Bintang ini terletak di kawasan Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 11 malam kecuali pada hari cuti umum. Di sini juga menyediakan tempat letak kenderaan bagi para pelanggan yang terletak di tepi jalan dan tempatnya sangat lapang, bersih dan selesa. Mungkin tidak begitu mudah dicari tetapi setelah anda sampai di Ayam Golek 5 Bintang ini, anda tidak akan permah melupakan lokasinya.

Ayam Golek 5 Bintang ini adalah sebahagian dari Nara Seafood Restoren, sebuah restoren Thailand di mana mereka terutamanya menyajikan makanan laut tetapi terkenal dengan ayam panggang yang hebat.

Rahsia kejayaan tempat ini adalah cara mereka menyediakan ayam iaitu ayam akan diperap dengan ramuan dan rempah khas dan kemudian dipanggang dengan api perlahan dengan arang asli. Ini akan memberi ayam golek tersebut merasa herba manis bersama dengan sos cili manis yang sangat sedap dan tidak dapat anda dapatkan di tempat lain.

Alamat : Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari, 11 pagi – 11 malam

Hubungi : 010-236 7844 / 019 – 3605063

Facebook : https://www.facebook.com/pages/Ayam-Golek-5-Bintang-Pantai-Dalam/178663212280234

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini