Bertempat di Kalumpang Selangor, ATV OFFROAD KALUMPANG menjadi salah satu tarikan bagi pelancong dan juga pengunjung yang ingin bercuti di sekitar daerah Hulu Selangor. ATV OFFROAD ditubuhkan pada sekitar tahun 2010 dan menawarkan aktiviti khusus ATV dimana pengunjung boleh menaiki ATV menyelusuri 2 jalan pilihan (trek normal & trek adventure).
Laluan trek normal tersebut adalah sepanjang 9-10 km dan trek adventure pula dari 14 -15 km.Pengunjung yang memilih trek adventure juga boleh berehat sebentar untuk bermandi manda di sungai berdekatan sambil menikmati flora fauna kawasan disekitar. Jika anda ingin datang ke ATV OFFROAD KALUMPANG, pastikan anda membuat tempahan dahulu memandangkan jumlah ATV adalah terhad.
Nama Tempat : ATV OFFROAD KALUMPANG
Alamat : ATV OFFROAD KALUMPANG, 44010 Kalumpang, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari
Nombor Boleh Dihubungi : 012-9151024
Lain-Lain Info Yang Bersesuaian : FB ATV OFFROAD
Peta Lokasi :