Jika anda ingin menuju ke Genting Highland atau ingin bercuti di Sekitar Ulu Yam Bharu atau Batang Kali, anda boleh berkunjung ke salah sebuah pusat penanaman dan nursery orkid Phalaenopsis terbesar di Selangor yang terletak di Ulu Yam Bharu. Hanya mengambil masa 45 ke 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, anda sudah boleh menikmati suasana yang damai yang dikelilingi oleh bunga-bunga orkid pelbagai jenis dan warna.
Kini World of Phalaenopsis menjadi tarikan terutama bagi anak muda kerana spot atau lokasinya yang lebih “Instagramable”. Tambahan pula World of Phalaenopsis membuka kafe mini untuk para pengunjungnya. Menu yang terdiri daripada kopi,teh, kek serta nasi lemak rendang menjadi sebutan dikalangan pengunjungnya.
Kini World of Phalaenopsis juga pernah dijadikan tempat untuk meraikan majlis perkahwinan kerana tempatnya yang unik dan dipenuhi oleh bunga-bungaan yang cantik. Disitu juga ada menjual sabun orkid yang dibuat sendiri oleh pemilik World Of Phalaenopsis. Jika anda ingin melihat sendiri kecantikan tempat tersebut, anda boleh datang bersama rakan mahupun keluarga ataupun boleh layari FB Page World of Phalaenopsis.
Nama Tempat : World Of Phalaenopsis Ulu Yam Baru
Alamat : 1017, Jalan Batang Kali – Hulu Yam Bharu, Kampung Sungai Kamin, 44300 Batang Kali, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 8.00 – 5.00 petang
Nombor Yang Boleh dihubungi : 03-60751133
Peta Lokasi :